Sunday 24 July 2011

Anak-anak mak ayah..

Assalamualaikum.hello.:)
Pagi yang cerah..Jemur baju best ni.hoho.Enough melalut,straight to the point okeyh cik farah.:D
Just return from kampung last night.Melawat nenek yang sakit.she's old,sakit orang tua la.
*gambar tahun bape la ni.huhu*
Ini la rumah nenek dengan atuk aku,rumah yang sangat besar untuk mereka berdua.Oke rumah ini dah d'renovate oleh anak-anak mereka.Tapi aku lagi suka rumah yang dulu,rumah kayu,tak besar,tak kecil sangat.sebab aku rasa bila rumah batu yang besar ni dah dibina,hati si pemberi duit nak buat rumah ni pun sama jadi keras macam batu jugak.Maybe dorang rasa dengan bina rumah ni ,dah cukup nak gembirakan hati atuk and wan.aku rasa dorang makin sunyi kot.hukhukhuk.Atuk dengan wan,kisah hidup mereka tak la indah sangat waktu muda-muda.Atuk aku garang gila kentang,walaupun aku tak berada zaman tu,tapi dari apa yang ayah aku cerita,aku rasa dia garang la.Mungkin dorang selalu gaduh,wan aku m'bebel dekat atuk aku hari-hari,tapi bila aku balik semalam,aku tengok wan aku terbaring and dekat tepi wan aku jugak la atuk aku bersila baca surat khabar.sampai dalam hati t'detik,kalau satu hari wan aku dah tak de,mcm mne dengan atuk aku.dorang dah spendkan almost hayat dorang bersama.*nak bayangkan pun sedih*.sunyi kot.anak-anak jarang balik,everyone is busy.*katanya*.Mungkin wan aku sakit sebab rindukan anak-anak.wan aku baring dekat dengan pintu like menunggu sesuatu.Aku terdengar dorang berdua berborak and wan aku tanya dekat atuk aku,"Kita ni tunggu siapa?".atuk aku just gelak tapi aku tahu dorang tunggu anak-anak.Maybe aku tak sepatuntnya buat entry ni sebab macam nak tunjuk keburukan pakcik-pakcik,makcik,parents aku,tapi aku keburukan kalau disimpan,nanti akan jadi makin buruk.Elok la buang dari sorokkan.Aku mungkin tak lalui lagi alam dewasa,dah kerja tapi aku tahu aku dah cukup matang nak fikir and ingatkan diri aku,yang someone is waiting me or us back home.Hanya nak kata,balik la tengok parents kalau ada kelapangan.bukan nak cakap dekat orang je,nak ingatkan diri sendiri jugak.:)


p/s:sangat berbulu dengan hamba Allah yang tak nak balik rumah sebab tak nak tolong mak jaga kedai.aku sekeh karang baru tahu!

Saturday 23 July 2011

Jiran saya orang cina

Assalamualaikum.hello.:)
Hari yang redup2 x b'hujan x b'panas.:D.title entry yg agk bosan because i'm not good in deciding tiltle.huehuehue.

*berangan nak dpt rmh mcm,mmg tak dapat la derr..:P*

Rumah,tempat yang paling aku suka nak lepak masa cuti2 ni.Rumah teres 2 tngkat ni la tmpat aku b'teduh nak tulis blog,nak beronggeng dkt facebook.hehe.tapi paling best rumah aku jiran orang cina.haha.sebelah kiri melayu.sebelah kanan cina,for detail*tak perlu kot*Maybe some people have some stigmas for some reason b'jiran dgn orang b'lainan kaum.Sebelum aku beli rumah ni,oke p'betulan seblum ayah aku beli rumah ni,kawan2 dia pernah mnyebarkan keburukan b'jiran dgn cina a.k.a lain races spt 'kau akn tinggal d'sebelah rumah yg tlh d'tukar m'jd kedai mahjung','kau akn ddk d'sebelah disco' and 'kau akn tinggal d'sebelah rumah tinggal'.But finally almost 10 years aku tinggal d'sini dgn m'bawa stigma-stigma yg begitu tnpa sbrg masalah.Banyak experiences yg best la bg aku b'jiran dgn jiran cina.Kenapa aku cakap mcm ni?sebab selama 10 tahun ni,lagi senang aku nak dgr kata2 spt "hello uncle Sabri" compare to "assalamualaikum pak cik Sabri" and aku lagi senang nak tgk uncle and aunty senyum dkt aku compare to pak cik dan makcik senyum dkt aku.pelik tapi itu yg realiti.Jiran aku yg cina sorang ni sangat suka m'beri hadiah kpd family aku.Kalau dorang pg melancong,tunggu la pagi esok,lonceng msti bunyi ting tong nak bagi souvenir mostly makanan.banyak pulak tu,seminggu pun tak habis nak makan,yang paling best siap cakap lagi,don't worry la,ni beli dkt kedai melayu.:)
Aku still ingt,satu hari bila anjing jiran aku yang gebu2 montel t'salah masuk rumah aku,lawak seh muka anjing yg confuse tu,instead tgk tuan dia kulit putih melepak bila masuk rmh tapi masuk rmh "tuan" kulit sawo matang pulak yg tunggu.sumpah comel gila*teringat pulak muka yg comel gali tnh tepi padang ambik tanah nak buat samak.-.-'*and after that,smpai sekarang tak tahu anjing tu wujud lagi ke tak.hoho.and2,dia sanggup datang kawen makcik aku dkt kg,t'haru gler la kan tgk dia dtg bwk hadiah.*mcm kau je kawen*,kalau aku kawen msti dia ikut rewang kan???aww bhgianya.:P
Ini la pengalaman aku hidup dkt bawah rumah hijau ni,maybe tak semua orang rasa bnda yg sama mcm yg aku rasa ni.in different situation in different  place,lain2 pglamannya.Mungkin aku tak fikir b'jiran dgn jiran lain agama,lain budaya ialah bnda yg buruk tapi tak semua org fikir itu sesuatu yg baik.whatever it is,hormat dan adaptation itu yg perlu.maybe ada perkara yg family aku buat,family dia tak suka,and ada juga perkara yg family dorang buat,kitaorang tak suka tapi still kitaorang tak pindah dari taman ni,kira ok la.home sweet home,kepada sesiapa yg b'gaduh dgn jiran,betul2 la mna yg salah.:)

p/s:tribute kepada kisah org yg d'kenali memotong selimut jiran kerana bengang selimut d'sidai dekat dinding garaj rumah dia.mcm ni pun ada ke?????:/

Wednesday 20 July 2011

Cupcakes!^^

Assalamualaikum.hello:)

Cupcakes!!kali seribu.hari ini b'samaan 21 hr bulan 7,aku akan b'perang dgn seduk kayu dan telur and and butter untuk m'buat 130 biji cupcakes.aiyoo mampu ke aku nak buat sorang2 ni?!erk t'cekik anak tekak aku sekajap.Pekerjaan yg tak b'interview ini betul2 m'buat aku hilang separuh soul.so sape2 yg bukak kedai cake tu,aku tabik korang mcm aku tabik dekat sape2 yg buat bangunan.*takde kaitan*
Aku tak pernah t'byang dr hobi kebosanan jual cupcakes masa hari koperasi ex high school aku m'jebakkan aku kpd bisnes cupcakes.Adik2 junior terima kasih sbb sudi beli cupcakes akak.hoho.Untung la aku sbb b'sungguh nak jual cupcakes sbb nak beli album super junior.Oke korang tak thu aku suka super junior eh?Nanti aku cerita.:) and drama City HUnter.aku bengang tgk on9 yg lembab kalah siput kudung ni.Huh!
Sekarang b'usaha m'buat yoga untuk m'persiapkan diri m'buat cupcakes itu semua.Apa yg nak d'sampaiakn dlm entry ini sbnrnya ialah,kita kena lah develop kemahiran dalam diri.Oke aku in future smbung bio,takde langsung kaitan dgn cake,tapi ini mak aku kata kemahiran.Kemahiran yg kita boleh b'gantung d'masa kemudaratan.Tak kesah la korang ni pilot ke,engineer ke,klu ada kemahiran memasak,b'tukang ke b'kebun ke itu dilabel sbg bonus.Nak kawen pun senang,mak2 suka bonus ni.:P*ketuk kepala la Farah!*
so,remaja2 d'luar sana ,sma2 kita m'perkukuhkan kemahiran yer.HAHA.lawak je penutup.

*ala2 cupcakes aku je org ni punya.tiruk eh?!:P*

Further Future

Assalamualaikum.hello.:)

Entry yg agak lame sbb mostly matrician yg ada blog sudah buat ini post but it's different.*naaaah,ckp je la buat jugak*.:)
Okeyh,i'm talking bout' entering U.N.I.V.E.R.S.I.T.Y.ouh penat tulis satu2.haha.Dengan segala hormatnya aku katakan i'm going too in this September.

*nak jugak mencupub.-.-'*
Aku terima dengan rendah diri saje.Nak cakap ape lagi selain alhamdulillah even ini pilihan ke-8 a.k.a the last choice aku.ulang suara THE LAST CHOICE.bangga sekejap sbb b'jy meletakkan pilihan yg baik d'pilihan ke lapan.hoho.*patback*
Ya2,aku mgaku aku tak pernah t'pikir nak kena buang negeri smpai ke Terengganu and ayah aku pernah kata,harap2 tak dapat la dkt Terengganu ke Kelantan and dgn poker face aku kata ,tak apply mana nak dapat.Hambek kau,dpat.kau dapat Farah Wahida!After all this and after semua p'bincangan intelektual dgn kawan2,parents,family,kaum kerabat and gosip2 mak minah muka buku,aku sedar,betapa beruntungnya aku,mereka dan anda semua yg dpat jejak ke universiti even tak dapat apa yg kita mahukan.Apa yang jadi,the most important thing ialah kesungguhan.Kalau ada kesungguhan,apa2 pun bole.Bila m'baca entry ini surely,totally orang cakap,easy said than done,tapi ingt senang ke nak ckp,kena pkai otak lah.Kena susun ayat gramatis supaya tak kena garis merah tahu?*bajet nya!*.Sebab aku merasa benda yg sama,aku beragan agk tinggi untk menyambung Chemistry lepas matrik tapi Biology yg aku dapat.Tapi little by little aku brainwashkan brain aku sendiri,this is the path yg Allah tunjukkan dkt aku.Farah Wahida,kau perlu m'jd begini dan bukan yg begitu.So,doakan je la,aku, kawan2 aku, and u ol's b'sungguh untuk apa yg jadi in future.Teori tak b'sastera aku ialah,takpe fikir masa depan,sbb bnda tak jadi lagi,and masa b'gerak n akan kesitu jgk finally tapi fikir masa belakang,kan sia-sia sbb masa dh tak balik ke belakang.Redha dan usaha itu yang penting.



*agak2 macam ni ke baju aku masa dah keja nnt?*

Who am I?

Assalamualaikum.hello.:)

Senyum satu round.Okey i'm new.masih mentah b'getah.*entah ape2*
This is my new born blog.Kenapa nak ada blog,sbb aku tercabar dengan adik aku yg x pandai nak lipat baju lg,tapi dah pndai blogging.oke2,x aku tipu.thihi.siapa saya?Farah la.:D

dah tiba masa nak b'comot2 di sini setelah b'puluh kali b'fikir nak buat ke tidak.*walaweh mcm nak pilih suami je*

aku suka kongsi,so nak share.awak nak ambik,ambik lah,x nak sy tak kesah.



*manis manisan untuk kawan baru*